SALAM TAKZIAH ATAS PEMERGIAN JURULATIH BOLA SEPAK JKDM PERLIS

PSKK 2026 Merakamkan Ucapan Takziah atas Pemergian Jurulatih Bola Sepak JKDM

15 November 2026

Pihak Sekretariat Pesta Sukan Kementerian Kewangan (PSKK) 2026 dengan penuh dukacita merakamkan ucapan takziah kepada keluarga, sahabat handai serta warga Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) atas pemergian PiKT Ahmad Musyaiful bin Mokhtar, Jurulatih Bola Sepak JKDM Perlis, yang telah kembali ke rahmatullah pada jam 1.46 pagi, 15 November 2026 (Ahad) di Unit Kecemasan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar khususnya kepada keluarga, rakan-rakan seperjuangan dan komuniti sukan JKDM yang mengenali serta menghargai jasa, komitmen dan dedikasi beliau dalam pembangunan pasukan bola sepak.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampunkan segala dosa dan kesalahannya, melapangkan kuburnya serta menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

“Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya jua kami kembali.”

Seluruh warga PSKK 2026 mendoakan agar ahli keluarga Allahyarham diberikan ketabahan, kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi dugaan ini.

Al-Fatihah.