KWSP Rangkul Gelaran Juara Keseluruhan Olahraga PSKK 2026
SERDANG, 15 November – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Sukan Olahraga sempena Pesta Sukan Kementerian Kewangan (PSKK) 2026 selepas mempamerkan prestasi cemerlang sepanjang saingan yang berlangsung pada 14 hingga 15 November 2026.
Sebanyak 58 acara olahraga telah dipertandingkan merangkumi tiga kategori utama iaitu Sprint (26 acara), Middle & Long Distance (16 acara) dan Fields (16 acara). Kedudukan keseluruhan olahraga ditentukan berdasarkan pencapaian agensi dalam ketiga-tiga kategori tersebut.
KWSP berjaya meraih gelaran juara keseluruhan selepas mengumpul 1 pingat emas dan 2 pingat perak kategori, hasil kejayaan muncul Juara Middle & Long Distance, serta Naib Juara Sprint dan Naib Juara Fields.
Di sebalik kejayaan tersebut, atlet-atlet KWSP turut mendominasi saingan menerusi pungutan 22 pingat emas, 10 pingat perak dan 5 pingat gangsa, menjadikan keseluruhan 37 pingat daripada 58 acara yang dipertandingkan. Pencapaian itu terdiri daripada 18 pingat dalam kategori Sprint, 11 pingat dalam kategori Middle & Long Distance dan 8 pingat dalam kategori Fields.
Kejayaan KWSP turut diserikan apabila atletnya, Muhammad Firdaus bin Abdul Rasid, dinobatkan sebagai Olahragawan Terbaik PSKK 2026 selepas merangkul tiga pingat emas individu dan satu pingat perak menerusi acara 4×100 meter.
Sementara itu, anugerah Olahragawati Terbaik PSKK 2026 menjadi milik Erine Sinuel daripada Bank Simpanan Nasional (BSN) selepas muncul cemerlang dengan kutipan tiga pingat emas individu dan dua pingat emas acara berganti-ganti.
Kedudukan akhir olahraga berdasarkan sistem pengiraan kategori menyaksikan KWSP mendahului carta dengan satu emas dan dua perak, diikuti Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang masing-masing mengutip satu emas dan satu gangsa. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) berada di tangga keempat dengan satu perak manakala Perbendaharaan Malaysia menamatkan saingan di tempat kelima menerusi satu pingat gangsa.
Dengan berakhirnya saingan olahraga PSKK 2026, KWSP melengkapkan kempen cemerlang sebagai Juara Keseluruhan hasil kejayaan muncul juara kategori Middle & Long Distance serta naib juara bagi kategori Sprint dan Fields. Pencapaian tersebut sekali gus menobatkan KWSP sebagai pasukan terbaik olahraga kejohanan tahun ini. Tahniah diucapkan kepada seluruh atlet, jurulatih, pegawai pasukan dan penyokong atas kejayaan membanggakan tersebut.


