Bola Tampar Wanita PSKK 2026: JKDM dan LHDNM Mulakan Kempen Dengan Bergaya

Bola Tampar Wanita PSKK 2026: JKDM dan LHDNM Mulakan Kempen dengan Bergaya

SHAH ALAM, 16 November – Aksi hari pertama acara Bola Tampar Wanita sempena Pesta Sukan Kementerian Kewangan (PSKK) 2026 menyaksikan empat perlawanan peringkat kumpulan berlangsung dengan penuh kompetitif di Kompleks Sukan KOMBES, Shah Alam. Pasukan-pasukan yang bertanding mempamerkan semangat juang tinggi dalam usaha mengumpul mata penting untuk merebut tempat ke pusingan seterusnya.

Dalam saingan Kumpulan A, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) memulakan kempen dengan cemerlang apabila menewaskan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) 2-0. JKDM menguasai kedua-dua set dengan kemenangan 25-12 dan 25-7, sekali gus meletakkan JKDM di kedudukan teratas kumpulan selepas hari pertama pertandingan.

Sementara itu, Kumpulan B menyaksikan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) turut mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan 2-0 ke atas Perbendaharaan Malaysia. LHDNM memenangi set pertama dengan keputusan 25-7 sebelum melengkapkan kemenangan menerusi keputusan 25-14 pada set kedua.

Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan B, Bank Simpanan Nasional (BSN) berjaya mengatasi Bank Negara Malaysia (BNM) dengan keputusan 2-0. BSN mempamerkan aksi konsisten dengan memenangi set pertama 25-22 sebelum menamatkan saingan dengan kemenangan 25-14 pada set kedua.

Perbendaharaan Malaysia kemudiannya bangkit pada aksi kedua mereka apabila menundukkan BNM 2-0 menerusi keputusan 25-19 dan 25-13. Kemenangan tersebut memastikan persaingan Kumpulan B kekal terbuka menjelang baki perlawanan seterusnya.

Tumpuan turut terarah kepada perlawanan terakhir hari pertama apabila LHDNM meneruskan momentum kemenangan dengan menewaskan BSN 2-0. Selepas mendominasi set pertama 25-3, LHDNM dipaksa bekerja keras dalam set kedua sebelum menamatkan saingan dengan kemenangan tipis 30-28 dalam antara set paling sengit setakat ini.

LHDNM menutup saingan hari pembukaan dengan dua kemenangan daripada dua perlawanan, manakala JKDM turut mencatat permulaan positif dalam usaha merebut tempat ke peringkat akhir.

Dengan setiap pasukan terus memburu keputusan positif, saingan dijangka semakin menarik dengan perebutan slot ke pusingan seterusnya kekal terbuka buat setiap pasukan yang bertanding

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *