Golf Kementerian Kewangan 2026 Lancarkan Saingan PSKK Ke-47

SELANGOR, 24 Oktober 2026 – Acara Golf Kementerian Kewangan 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Sungai Long Golf & Country Club, Selangor, sekali gus menjadi acara pembuka tirai kepada Pesta Sukan Kementerian Kewangan (PSKK) Ke-47 yang akan berlangsung dari 14 hingga 22 November 2026.

Kejohanan tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Kewangan II Malaysia, YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah bin Tun Dato’ Seri Azizan, yang turut mengambil bahagian dalam Kategori VIP. Penyertaan beliau menambahkan lagi kemeriahan kejohanan serta mencerminkan sokongan padu kepimpinan Kementerian Kewangan terhadap usaha memupuk budaya sukan dan gaya hidup sihat dalam kalangan warga agensi.

Sebanyak 103 peserta daripada pelbagai agensi Kementerian Kewangan telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini, yang bukan sahaja menjadi medan persaingan sihat, malah berperanan mengeratkan hubungan silaturahim serta memperkukuhkan semangat kerjasama antara agensi.

Dalam kategori berpasukan, Bank Simpanan Nasional (BSN) muncul juara selepas mempamerkan prestasi cemerlang, diikuti Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) meraih tempat kedua, dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) melengkapkan kedudukan ketiga.

Penganjuran acara golf ini menjadi langkah pertama dalam siri pertandingan PSKK 2026 yang bakal menghimpunkan warga Kementerian Kewangan dalam pelbagai acara sukan, selaras dengan aspirasi “Memacu Prestasi, Membina Legasi.”

#PSKK2026 #GolfKementerianKewangan2026 #MemacuPrestasiMembinaLegasi