KWASA DAMANSARA, 10 November 2026 – Satu sesi perbincangan bersama barisan wakil agensi dan juri luar telah diadakan bagi menyelaras kaedah penilaian dan pemarkahan untuk kategori Ratu Plakad dan Persembahan Terbaik sempena Pesta Sukan Kementerian Kewangan (PSKK) 2026.
Sesi yang berlangsung di Menara KWSP, Kwasa Damansara itu bertujuan memastikan proses penilaian dilaksanakan secara adil, telus dan konsisten sepanjang kejohanan berlangsung. Perbincangan merangkumi semakan kriteria penilaian, kaedah pemarkahan, skala penilaian serta peranan dan tanggungjawab juri.
Turut dibincangkan ialah aspek-aspek penambahbaikan bagi memastikan pertandingan Ratu Plakad dan Persembahan Terbaik dapat dinilai secara objektif, sekali gus menggalakkan kreativiti, semangat kesukanan dan penyertaan aktif daripada semua kontinjen.
Penganjuran sesi ini mencerminkan komitmen Jawatankuasa Pengelola PSKK 2026 dalam memastikan setiap aspek pertandingan diuruskan secara profesional dan berintegriti, selaras dengan aspirasi kejohanan untuk memperkukuh hubungan serta semangat kekitaan dalam kalangan warga Kementerian Kewangan.
#PSKK2026 #RoadToPSKK2026 #MemacuPrestasiMembinaLegasi #RatuPlakad #PersembahanTerbaikPSKK2026


